Monday, July 25, 2011

Kerja yang Berlambak Satu Cara Melepaskan Tekanan?

Amboi....

Sapa yang rasa macam tu ? Baru2 ni dalam suratkhabar cakap...wanita Malaysia jatuh tempat ke-16 seantero dunia sebagai paling stress...cewah2...mana dorang dapat data tu ek? Aku sebenarnya paling x suka nak setuju dengan research dan analysis yg x memihak pada Malaysia. Maafla...tapi aku memang bias ok.

Baru nak propa kan ketidak setujuan aku...tetiba dekat blog bloggers lain, masing2 da nyatakan pendapat setuju. Aiseh...aku seorang kah rupanya??

Tapi betul tau...antara sebab aku stress kat opis yg kecik ni...sikap salah sorang opis mate aku ni ha. Cik Mi ni. Adeh...kalau dia tengok je aku bergoogle atau berblogger...mulala mintak itu mintak ini. Pastu cara dia mendesak tau. Aku taula itu kerja aku, tapi kadang2, barang yang dia mintak ini utk delivery lagi 2-3 minggu. Takke hanginnn....

Ada sorang plak mamat sengal ni...sesikit tanya sesikit tanya. Siap kenkadang tu aku emailkan...aku printkan list yg berkaitan project yang dia pegang, tapi aku tak tau dia buat bungkus nasi lemak dia ke apa ke...memang dia akan datang balik kat aku. Tanya dan tanya dan tanya lagi dengan sengal. Kemudian....(ewah....da macam karangan SPM) yang lebih buat aku kena letrik, bila gaya buat2 lembut dia...pastu puji tudung aku, puji muka aku...puji kasut (yg aku pakai sama je pun tetiap ari)...Come on la bro, ladies will cair when they've been praised by those they like...from those they didn't...it so RIMAS u know!!

Ada sorang plak cleaner executive ni...(hahahahha because she act like one wlupun hanya skadar pencuci tandas!) sesikit sebarkan story mory orang lain. Pastu bila kita bercerita (wlaupun bukan dgn dia) dia akan beri komen yg negatif!! Pantang betulla. Contoh, kalau aku cakap "Bagus sebenarnya anak ramai2 ni..da tua senang.." dengan pantas dia menyampuk "Halla....kalau sorang jadi penagih sorang jadi mat rempit tak guna jugak!!" Mak aihhh...mau tak sentap aku dibuatnya.

Sebab tu...

Kerana tekanan2 yang macam ni, aku suka kerja banyak2 sebenarnya. So aku drown myself in this work load. Lemas pun aku sensorang. Lemas lemas pun aku rilekss je....ahaks (boleh rileks waktu lemas daaa...)
Serious, cuba buat. Facebook jangan dibuat...sebab dekat facebook lagi banyak makhluk Allah macam yang kat atas tu....

Tak boleh blaaah....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.