Monday, August 22, 2011

Malu Nak Puasa

Ada sesiapa yang rasa cam takut2 segan2 malu2 ayam nak buat baik?

Itu biasa aku rasa. Sebab aku pun selalu je macam tu especially
kat tempat kerja. Duluuuu....ini cerita dulu lah. Waktu tu umur aku
15. Dalam family...waktu tu, aku yang paling erm...(bukan nak puji
diri sendiri ok) paling er...macammana nak cakap ek...paling ada
kesedaran tentang hukum hakam agama.

Waktu tu, kakak2 aku tak bertudung. Mak aku bertudung tapi mak x
galakkan aku bertudung. Kata mak aku nampak selekeh. Waktu tu Tuhan
saja yang Maha Tahu apa yang aku rasa. Aku terpaksa curi2 pakai
tudung...kalau anak2 remaja skang curik2 pakai tube n mini skirt..
hehehehe....aku plak terbalik.

Waktu tu...aku digelar Ustazah dlm family. Aku masih ingat aku suka
sangat kuih Sari Ayu...dek kerana itu kesukaan aku, kuih tu digelar
'kuih dakwah'!! Klakar...

Tapi berkat doa yang tak putus2...alhamdulillah. Sekarang family aku
dah banyak gila berubah. Malahan, sekarang aku rasa kakak2 aku
lebih baik amalnya, lebih dalam fahamannya tentang agama mutlak Allah.
Kakak sulung aku yang pernah ketawakan aku sebab bertudung waktu
nak angkat kain kat ampaian dah 3 kali ke Mekah (dah naik haji sekali)
Anak dia umur 6 tahun dah diajar bertudung....klasik kan?

Mak aku...erm...pun sama. Sekarang emak yang selalu ingatkan aku
tentang amal ibadat dan hukum hakam. Anak2 sedara aku sekarang
beruntung sebab uwan mereka da paksa dorang tutup aurat, sembahyang...
dan segala yang wajib. Syukur sangat2...

Aku belajar beberapa perkara dari pengalaman hidup aku sendiri.

Pertamanya,
Jangan takut menegakkan suruhan Allah dan ajaran Rasulullah.
Biarla orang kata kita geng surau ke, geng masjid ke...itu jauh
jauh jauh lebih baik dari dorang panggil kita 'geng tonggang',
'geng bohsia' dan 'geng farouk' (teringat gila-gila remaja plak...)

Macam lan Puasa ni...ada dak2 yang nak cuba berubah tu, terus
jadi tonggang balik sebab bila dorang nak start puasa...ada lak
mulu3 celahat lahanat yang mengejek. Biasalah...itu perangai syaitan...
dia dah tau dia nak ke neraka, tak bestla kalau dia p sensorang kan?

Tapi...
kalau kita wat derkkk all the time, dan layannnnnn jew mulut
celanat muhangat dorang tu, insyaAllah....dihujungnya, kita yang
success.

Keduanya,
Jangan pandang rendah pada manusia yang kita tengok macammmmm kurengg
je iman tu. Jangan terus cop dorang ni 'ahlul neraka' sebab,
hidayah tu milik Allah. Hanya Allah yang tahu pada siapa Dia nak
kasik. Kan kan kan??

Ari ni kita jumpa dorang pakai mini skirt ada tindik kat pusat, dalam
mulut ada rokok. Tapi mana la tau....esok2, mungkin pemakaian dorang
jauh lebih baik dan mulia dari kita. InsyaAllah.
.
.
.
.
.
.
.
Magic yang paling magic adalah Doa.

Kasih Ibu Ayah dan Kasih Anak-anak

Sekiranya anda ada ibu ayah yang masih dalam lingkungan umur bawah
50an...why not amikkan insuran untuk parents anda

Ayah Cik Mi jatuh sakit. Kena serangan jantung tiba-tiba. All this
while pakcik ni memang sihat walafiat. Alhamdulillah. Alih2...bila
dah kena serangan jantung, masuk spital...waktu tula doktor
cek ada sakit buah pinggang la pulak. Kena p dialisis plak tetiap
bulan....

Cik Mi da pening kepala...

Adik-beradik semua dekat KL, tapi mak ayah dia kat Seremban. Warded
pun kat Seremban. Sekarang emak Cik Mi yang uzur terpaksa jaga.
Nurse kat Seremban siap perli mak Cik Mi

"Kasikla yang sihat sikit menjaga makcik oii.."

Amboi...amboi...sedap betul pompuan cilahat tu perli makcik tua tu.
Aku tau, sebagai anak aku faham susah sangat untuk anak2 bekerja
makan gaji ni nak balik jenguk mak ayah. Jenguk dah susah...apatah
lagi nak duk menjaga kat spital.

Bukan semua majikan tau nilai mak ayah. Kalau dorang tau pun...berapa
lama sangat dorang nak kasi pelepasan pada staffs dorang?? Aku masih
ingat macammana merah padam muka Cik Mi bila boss paria tu kata..

"Aaa..ayah ko sakit? Dah nak mati dah? Berapa harta dia tinggal
kat ko kalau dia mati?"

Itu bukan ke pu#!m@k namanya. Mungkin bapak dia dulu buat hal..
tinggalkan mak dia jadi balu. Pastu dia terpaksa korek longkang nak
cari sesuap nasi. That's why....oooo no wonderla...

Aku tak mampu nak tolong Cik Mi. Aku tau dia susah hati gila. Sikit2
dia tepon adik dia...mintak tolong tengok ayah dorang. Semalam petang
pun dia bergegas dari KL <---> Seremban. Maaf Cik Mi...aku tolong
doa je ye...

Hopefully...
benda macam ni tak jadi pada aku. Moga mak sentiasa sihat walafiat
selamanya. I love you mak!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tetiber syahdu....

Thursday, August 18, 2011

Jantan Lembik di Bulan Puasa

Hari ke 19 berpuasa....

Aku memaki maki diri sendiri dalam hati.

"Dah 19 dah!!! Terawikh ko tu masih boleh dikira dengan jari!!
Macammana pulak infak ko? Hati dan mulut ko yg masih ngumpat tentang
Mamat Sepah dan Fida, Dato' CT pakai tudung separuh, Mak Enon
yang asik berlakon...dan ramai lagi. Kenapa dengan ko ni???

Mana solat taubat ko?? Bila ko nak tobat ni ???

Ko yakin benor ke dgn amal ko yang seciput tu???"

Adeh...roh aku macam menumbuk2 dada dari dalam. Tapi serious...
Ramadhan kali ni...aku sangat2 lemah. Bukan setakat lemah fizikal
tapi jugak lemah iman. Kalau sebelum ni iman aku macam kulit
bawang...aku agak2 ianya dah makin menipis senipis belon gam
yang selalu kalau apek kedai jual tu dalam 20 sen je rega dia.

Aku keep on bagi tazkirah kat anak2...tapi aku sendiri rasa
macam melayang2. Tapi dalam iman yg menipis ni...aku masih
sempat sakit ati tengok jantan2 badan bagak dan ada yang da jadi
laki orang, bapak orang ni....asyik 'tak berkemampuan' nak
puasa. Buat anak larat plak!!!

Aiseh...

Aku ngumpat lagi.

Sesungguhnya aku memang tak kuat iman. Aku tak mampu menegah..
nak nasihat pun takut2. Tapi kekadang aku ni caples. Tau 'caples' ??
Caples ni maksudnya orang yang mulut cakap lepas, jenis yang
xder insuran.

Aku kekadang diam diam gakla....tapi sekali aku bercakap...err
memang marah padam muka orang yang dengar. Tapi aku sendiri
tak bangga dengan apa yang aku cakap sbb kekadang aku boleh
rasa gak keperitan dari ke'caples'an mulut aku ni.

Tapi itula, orang yg terkena caples ni pun tak agak2. Bila bercakap
soal agama, ala2 ustaz pun ada. Tapi...puasa sebulan tegak
dipangkahnya. Pastu sebok nak nasihat org sana sini...ada siap
bagi nasihat alim ulama kat aku....mau tak mendidih??

Tapi betul aku tak faham

Aku rasa non-muslim lebih menghormati bulan puasa daripada
segelintir umat Islam haprak. Tak pelik kalau kat Malaysia skang
ni, Islam dicabar-cabar. Mana lah pencabar lahanat tu x berani...
dia tau, takder sapa berani nak defend punya.

Nak harapkan jantan2 x guna macam yg ada kat opis aku ni??
Memang lingkupla.

Tapi aku sedar satu perkara gak tau...

Orang jantan lebih ramai tak puasa berbanding orang perempuan.
Apsal aaa??? Bulan puasa je 'anu' dorang jadik lembik kot.
Pegi gym la, pegi sport la....tapi sume 'lembik'!!! Nak puasa
sehari pun x mampu??? Apa guna ek muscle ketul2 tu??? Buat
lambang awak 'gay' ke???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Bersyukur dikurniakan saudara2 lelaki yang beriman....

Monday, August 8, 2011

Orang Melayu Lebih Skeptikal untuk Berniaga

I love caking soooo much...but it doesn't mean everytime I bake for sure
jadi cantik vassss...tak. In fact banyak kali program try n error berlaku
di ruangan sempit yang aku panggil kitchen kat umah tu.

Tapi aku suka caking and pastrying....so salah ke kalau aku menyimpan
hasrat untuk memiliki sebuah kedai pastry satu ari nanti? Ok, perjalanan
karier aku memang pelik ok...

Belajar Biologi...pastu degree in landscape architecture...pastu kerja dalam
accounting...dan skang Inventory Controller. So far, xder satu pun antara
bidang2 ni yang aku x mampu catch up. Alhamdulillah...walaupun pelik,
tapi perjalanan hidup aku boleh dikategorkan sebagai 'smooth'

So...
Aku rasa, tak salah kalau aku bercita-cita nak own business sendiri...dan
x salah jugak kalau business tu adalah business yang berkaitan hobi aku!!
Mesti ramai yang kata "Memang la x salah.." Tapi percaya atau tidak...ramai
yang angkat kening sebelah bila aku suarakan hasrat hati aku.

Sebab kek aku ke dorang ni angkat kening cenggitu. Nak kata x sedap...tiap
kali jamu, habis licin la pulak. Apa ni?? Apa ni??!!! Pandangan angkat kening
sebelah tu sedikit sebanyak (banyak sebenarnya) buat aku down gila dowww...

Siap ada kakak aku cakap "Ko ni macam2la!! Kerja da elok2...gaji da tinggi..
kerja ajerla bebaik" Wooooo....pertama2nya, gaji aku tahap sederhana je ok...
yang keduanya....itu aku kerja untuk boss aku...tapi yg aku nak buat ni,
aku nak jadi boss.

Aku rasa family aku a bit sceptical about owning a business. Mungkin sebab
banyak contoh 'melingkop' dalam family kitorang. Atau mereka sceptical
pada aku?? Aku seriously tak fahamla...aku langsung tak dapat galakan,
padahal kalau nak diikutkan tempahan yang aku terima dalam caking making ni
dari tahun 2009 lagi....da cukup 2 buku ledgar...bagi aku, okla tu!!

Aku nak buat business sendiri...aku nak jadi tokeh! Bila aku yang tokeh,
aku boleh bagi lebih perhatian pada anak2 aku. Aku nak tambah anak ok...
paling2 lagi 2....kalau aku terus makan gaji macam ni. Aku akan hilang
momen-momen yang aku rasa 'sangat penting untuk mummy2 ibu2 dan mama2 macam aku'

"Kalau ko bisnes, boleh ke bulan2 ko dapat macam ko dapat skang??!!"

Aiyoo....itu manala aku leh jawab...Itukan rezeki, dan rezeki ni Allah yang
kasik kan? Nabi pun berniaga apa....

Aku boleh cari 1001 good reasons why I should build up my own business..
tapi andai kata aku kalah, lemah, putus asa....aku takut aku terpaksa
berhadapan dengan kata2
.
.
.
.
.
.
"Ha!!! tulah !! Orang da kata tak nak dengar! Degil!!"

Thursday, August 4, 2011

Kipas Industri yang Mampu Menerbangkan Manusia

Perasaan 'hilang rasa untuk bekerja lagi kat company yang aku tengah kerja sekarang'
adalah satu perasan yang orang tua-tua zaman aku kata 'makan dalam'.

Nak berhenti tak boleh sebab....

kereta banyak tahun lagi nak habis...

rumah yang tak sebesar mana tapi disebabkan BLR macam nafas kucing...turun naik turun naik tak menentu
menyebabkan tahun bayaran tambah bertahun-tahun...

nak bagi mak ayah lagi. Anak apa kalau tak ingat mak ayah kan?

Tapi nak terus bertahan duduk buat kerja dengan hati yang penuh haruman bunga dan ketulusan hati bukanlah satu perkara enteng kamu tau!

Kalau boleh dimakan meja ni...dah lama batal puasa.
..........Kalau boleh dibakar kertas-kertas atas meja ni, dah lama kasik kat jiran aku untuk bakar waktu dia nak 'semayang tuan ala' dia.
.....................Kalau lah boleh ditumbuk-tumbuk muka boss yang asik nak pilih kasih kat kaki2 kipas...pergh...sedap betul. Confirm da lama gigi boss yang memang tak hensem tu da berlubang tang tengah-tengah tu.
................................Dan andainya boleh dikipas ngan kipas industri (yang jenis leh terbangkan orang tu) si kaki2 kipas tu....dah lama aku kuarkan simpanan KWSP untuk beli kipas industri tu. Biar melayang terus.

Tapi kata orang...

Kerja ni REZEKI yang Allah dah kasi pada kita. Bila kita bagi hadiah kat orang,
alih2 orang tu buat muka taik bila tengok hadiah tu...apa perasaan kita ??
.
.
.
.
.
.
Jadi aku memotivasikan diri aku dengan cerita diatas yang aku reka sendiri
Sekurang2nya dengan karangan pendek itu


Aku masih dimeja opisku ini



Syukur ya Tuhan