Thursday, August 18, 2011

Jantan Lembik di Bulan Puasa

Hari ke 19 berpuasa....

Aku memaki maki diri sendiri dalam hati.

"Dah 19 dah!!! Terawikh ko tu masih boleh dikira dengan jari!!
Macammana pulak infak ko? Hati dan mulut ko yg masih ngumpat tentang
Mamat Sepah dan Fida, Dato' CT pakai tudung separuh, Mak Enon
yang asik berlakon...dan ramai lagi. Kenapa dengan ko ni???

Mana solat taubat ko?? Bila ko nak tobat ni ???

Ko yakin benor ke dgn amal ko yang seciput tu???"

Adeh...roh aku macam menumbuk2 dada dari dalam. Tapi serious...
Ramadhan kali ni...aku sangat2 lemah. Bukan setakat lemah fizikal
tapi jugak lemah iman. Kalau sebelum ni iman aku macam kulit
bawang...aku agak2 ianya dah makin menipis senipis belon gam
yang selalu kalau apek kedai jual tu dalam 20 sen je rega dia.

Aku keep on bagi tazkirah kat anak2...tapi aku sendiri rasa
macam melayang2. Tapi dalam iman yg menipis ni...aku masih
sempat sakit ati tengok jantan2 badan bagak dan ada yang da jadi
laki orang, bapak orang ni....asyik 'tak berkemampuan' nak
puasa. Buat anak larat plak!!!

Aiseh...

Aku ngumpat lagi.

Sesungguhnya aku memang tak kuat iman. Aku tak mampu menegah..
nak nasihat pun takut2. Tapi kekadang aku ni caples. Tau 'caples' ??
Caples ni maksudnya orang yang mulut cakap lepas, jenis yang
xder insuran.

Aku kekadang diam diam gakla....tapi sekali aku bercakap...err
memang marah padam muka orang yang dengar. Tapi aku sendiri
tak bangga dengan apa yang aku cakap sbb kekadang aku boleh
rasa gak keperitan dari ke'caples'an mulut aku ni.

Tapi itula, orang yg terkena caples ni pun tak agak2. Bila bercakap
soal agama, ala2 ustaz pun ada. Tapi...puasa sebulan tegak
dipangkahnya. Pastu sebok nak nasihat org sana sini...ada siap
bagi nasihat alim ulama kat aku....mau tak mendidih??

Tapi betul aku tak faham

Aku rasa non-muslim lebih menghormati bulan puasa daripada
segelintir umat Islam haprak. Tak pelik kalau kat Malaysia skang
ni, Islam dicabar-cabar. Mana lah pencabar lahanat tu x berani...
dia tau, takder sapa berani nak defend punya.

Nak harapkan jantan2 x guna macam yg ada kat opis aku ni??
Memang lingkupla.

Tapi aku sedar satu perkara gak tau...

Orang jantan lebih ramai tak puasa berbanding orang perempuan.
Apsal aaa??? Bulan puasa je 'anu' dorang jadik lembik kot.
Pegi gym la, pegi sport la....tapi sume 'lembik'!!! Nak puasa
sehari pun x mampu??? Apa guna ek muscle ketul2 tu??? Buat
lambang awak 'gay' ke???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Bersyukur dikurniakan saudara2 lelaki yang beriman....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.